Friday 9 November 2012

Mengenali Dunia Benda Hidup


TEMA 1: MENGENALI DUNIA BENDA HIDUP

TOPIK 1: HAIWAN
SUBTOPIK: CIRI-CIRI LUARAN BENDA HIDUP

A)APAKAH ITU BENDA HIDUP?
Berbeza dengan benda bukan hidup, semua benda hidup mempunyai ciri-ciri istimewa seperti yang berikut :
memerlukan makanan
membiak (kecuali baghal - anak kepada campuran kuda dengan keldai. Baghal adalah mandul - tidak mampu membiak)
bergerak (kecuali tumbuhan)
bernafas.
berkumuh.
bertumbuh.
bergerak balas terhadap rangsangan.

B)HAIWAN
Haiwan (atau juga istilah lain seperti binatang dan fauna), adalah salah satu daripada hidupan yang terdapat di alam semesta. Haiwan terdiri daripada yang mempunyai satu sel hinggalah kepada yang mempunyai banyak sel.
Ahli sains mengkelaskan haiwan kepada dua kumpulan yang besar, iaitu haiwan bertulang belakang dan haiwan tanpa tulang belakang.
Haiwan yang bertulang belakang disebut Vertebrata.
Haiwan tanpa tulang belakang disebut Invertebrata.
Haiwan juga dikelaskan menurut jenis permakanan mereka.
Haiwan yang memakan daging dikenali sebagai haiwan karnivor.
Haiwan yang memakan tumbuhan dikenali sebagai haiwan herbivor.
Haiwan yang memakan daging dan tumbuhan dikenali sebagai haiwan omnivor.

sumber drpd:http://www.blogger.com/profile/01686618312922175330

1 comment:

Unknown said...

Cantik dan menarik. Banyak info tentang sains. Tambah le lagi. Komen juga kat blog saya.