Friday 5 October 2012

KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEK.REN.


PENILAIAN SEPANJANG 14 MINGGU (60%):
KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH

Tugasan 1A, 1B: Perbincangan Forum (10%)- MyGuru3

Tarikh penilaian Tugasan 1A :
            Forum mula dibuka     : 1 Oktober 2012
            Forum ditutup              : 19 Oktober 2012

Tarikh penilaian Tugasan 1B :
Forum mula dibuka     : 5 November 2012
            Forum ditutup              : 23 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki terlibat dalam perbincangan forum yang diaktifkan oleh pensyarah e-learning masing-masing. Markah berjumlah 5% akan diberikan bagi setiap tajuk forum berdasarkan kekerapan dan kupasan positif pelajar terhadap perbincangan yang diberikan. Kriteria penilaian markah untuk perbincangan forum adalah seperti berikut:

SKALA MARKAH
KRITERIA KEKERAPAN PENGLIBATAN DALAM FORUM
4 - 5%
Penglibatan forum baik. Idea dan kupasan yang diberikan adalah bernas dan kritis
3%
Penglibatan forum kurang dari tiga kali. Kupasan yang diberikan adalah ringkas dan tiada sebarang idea/cadangan baru dibincangkan.
1-2 %
Penglibatan forum tidak memberangsangkan. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas.
0 %
Tiada bukti penglibatan dalam forum langsung.







Tugasan 2: Pembudayaan ICT Dalam Profesionalisme Guru (20%)

Tarikh akhir penghantaran Tugasan 2 :  16 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki membina satu persembahan multimedia berkaitan dengan bidang tugas anda.
Tajuk persembahan: PEMBUDAYAAN ICT DI (Nama sekolah atau Pejabat anda bertugas sekarang).

Persermbahan multimedia yang dibina adalah mengenai aktiviti yang dilaksanakan dalam persekitaran kerja anda. Persembahan tersebut perlu mematuhi peraturan berikut:

1.  Persembahan multimedia ini boleh dihasilkan menggunakan sebarang perisian yang bersesuaian (contohnya Microsoft PowerPoint, OpenOffice Impress, dan sebagainya).
2.  Bilangan slaid adalah di antara 10 – 15 slaid sahaja.
3.  Kandungan persembahan adalah seperti berikut:
·      Teks
·      Grafik
·      Jadual
·      Graf
·      Animasi
·      Audio
·      Pautan antara slaid persembahan (pautan dalaman).
·      Pautan antara slaid persembahan dengan dokumen lain (pautan luaran)

4.  Penghantaran tugasan 2 ini perlu dibuat mealui Tapak Tugasan 2 dalam MyGuru3. Penghantaran melalui pos tidak akan dilayan.
5.  Penulisan persembahan ini perlulah mengikut gaya penulisan akademik dan perlu disenaraikan sumber rujukan untuk setiap kandungan persembahan yang dirujuk daripada sumber luar.


Kriteria penilaian markah untuk tugasan 2 adalah seperti berikut:
Kriteria
Markah
Kandungan persembahan
7%
Kreativiti persembahan
10%
Rujukan
3%
JUMLAH
20%





Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)
Tarikh penilaian akhir pada  14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada  15 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.    Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.    Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3.    Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.    Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
·      Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
·      Gambar
·      Audio
·      Video
5.    Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6.    Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.

Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kriteria berikut:

KRITERIA
MARKAH
Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian
15%
Senireka blog dan kerativiti
10%
Pandangan dan omen daripada pelawat blog
5%
JUMLAH
30



PERINGATAN
Plagiat bagi mana-mana tugasan adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pelajar didapati meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan.

Tuesday 2 October 2012

PERANG SUNGAI MANIK


Perang Sungai Manik


Allahyarham Tuan Guru Haji Bakri

Dah banyak tulisan kat internet atau blog pasal perang kat Sg Manik yang berlaku lebih dari 60 tahun yang lepas. Banyak cerita pasal kehandalan dan kehebatan ilmu kebatinan suku Banjar yang di sampaikan dari mulut ke mulut yang mana setengahnya di tokok tambah untuk menjadikannya lebih menarik. Nama-nama seperti 'Tentera Sabil' atau 'Kumpulan Parang Terbang' merujuk kepada kaum etnik Banjar Sg Manik di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Bakri. Cerita tentang parang terbang dan kehandalan pahlawan-pahlawan Banjar yang hanya bersenjatakan parang menentang komunis yang lengkap bersenjatakan senapang sudah menjadi satu legenda. Nama-nama seperti Tuan Guru Haji Bakri, tetap menjadi sebutan anak-anak muda Sg Manik.
Selepas Jepun menyerah kalah, kumpulan bintang Tiga yang kebanyakannya orang Cina cuba mengambil alih pemerintahan Malaya dan menubuhkan negara komunis melakukan banyak kekejaman terhadap orang Melayu dan lain -lain yang tidak menyokong perjuangan mereka, lebih-lebih lagi kerana orang Melayu di anggap sebagai tali barut Jepun. Cubaan Bintang Tiga mencampuri urusan agama dan memungut cukai mendapat tentangan terutama dari masyarakat Banjar di Sg Manik dan Batu Pahat. Bintang Tiga tidak menjangkakan reaksi dan tentangan yang bakal mereka terima dari masyarakat Banjar. Jika tidak kerana set back yang mereka terima di Sg Manik dan Batu Pahat, senario politik kita masa ini mungkin sedikit berbeza.
Bagi orang Banjar Sg Manik terutama keluarga bekas pejuang timbul satu kekesalan kerana tiada official recognitions atau pengiktirafan terhadap perjuangan mereka yang membela maruah orang Melayu. Bacalah mana-mana buku sejarah di sekolah, tiada satu yang menyebut secara jelas tentang peristiwa itu mungkin kerana nak menjaga sensitiviti perkauman. Di Batu Pahat misalnya, Kiyai Saleh yang menyelamatkan orang melayu tetapi Dato Onn yang dapat nama sebagai hero. Sudah tiba masanya pengiktirafan diberikan kepada mereka yang berjuang menyelamatkan bangsa, bukan digambarkan sebagai satu kumpulan etnik yang ganas dan panas baran dan peristiwa itu hanya sebagai satu titik hitam dalam sejarah negara. Kami tidak mahu ganjaran berbentuk material atau pangkat duniawi seperti Tan Sri atau Dato', cukup sekadar pengorbanan pejuang terdahulu dihargai dan di rekodkan dalam sejarah negara.

kalau nak tau pasal perang tu ,    . Ni tulisan saudara NIlasakunta dalam bahasa banjar yg agak pekat.
Arwah ayah aku adalah salah seorang sahabat Haji Bakri dan terlibat secara langsung dalam peperangan tersebut. Sejauh mana penglibatan hidin, aku pun tak pasti, tapi mengikut cerita arwah mak, ayah jarang balik rumah masa perang tu, selalu ada di rumah tuan guru di Parit 8. (Masa tu keluarga aku bagana di Parit 6B Sg Manik). Yang ada mengenai bukti penglibatannya adalah sebilah parang panjang dan bengkong putih yang dipakai semasa perang.
Memang dah lama aku nak tau apa isi kangdungan bengkong tersebut. Masa kecik memang tak berani nak sentuh sebab takut ngan arwah ayah. Ayah tak garang tapi ada satu macam aura yang buatkan kami semua takut dengannya. Kalau masa makan, tak ada sapa yang berani makan satu hidang dengan dia kalau dia tak ajak. Mungkin dia ada amalan yang buatkan orang takut padanya, wallahuallam.
Bila arwah ayah dah meninggal perasaan ingin tahu apa isi kandungan bengkong tu semakin menebal. Satu hari aku bukak jahitannya dan antara objek yang terdapat didalamnya adalah beberapa keping kulit binatang yang kemudiannya aku dapat tahu sebagai kulit kerbau landau, kulit kijang putih dan lain-lain. Terdapat juga rajah-rajah dan tulisan dari potongan ayat Quran dan lain-lain objek.
10hb Jun 2012
Sebenarnya sudah lama aku berhajat untuk  menambah sedikit fakta dalam tulisanku ini dan baru hari ini aku mendapat kekuatan untuk melakukannya.
Sepertimana konflik yang berlaku diseluruh dunia, persengketaan yang pada asalnya kerana perbezaan ideologi bertukar menjadi sengketa perkauman. Ramai wanita dan anak-anak yang tidak berdosa dikedua belah pihak menjadi mangsa.Kisah seorang wanita Cina bernama Ah Piau yang dibunuh kejam masih aku ingat. Walaupun badan dah putus dua, Ah Piau masih merangkak untuk mendapatkan mayat anak-anaknya. Mayat-mayat mereka di tanam di mana-mana kawasan lapang tempat mereka di bunuh. Sebenarnya banyak kubur-kubur tak bertanda terdapat di pinggir Jalan Pambuang dari Parit 5 hingga ke Kuala Sungai Manik. Begitu juga yang berlaku di kawasan lain seperti di Balun Bidai dan Kg Gajah. Tiada satu pun keluarga Cina yang selamat. Pekan Kg Gajah misalnya masih tiada penduduk kekal keturunan Cina hingga ke hari ini.
Aruah ayah pernah bercerita yang dia tak sanggup melihat kekejaman yang berlaku di depan matanya,tapi itulah hakikatnya...bangsa banjar tidak akan duduk diam jika agama, bangsa di perkotak katikkan