PENILAIAN SEPANJANG 14 MINGGU (60%):
KRT3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
Tugasan 1A, 1B: Perbincangan Forum (10%)- MyGuru3
Tarikh penilaian Tugasan 1A :
Forum mula dibuka :
1 Oktober 2012
Forum ditutup : 19 Oktober 2012
Tarikh penilaian Tugasan 1B :
Forum
mula dibuka : 5 November 2012
Forum ditutup : 23 November
2012
Secara individu, pelajar
dikehendaki terlibat dalam perbincangan forum yang diaktifkan oleh pensyarah
e-learning masing-masing. Markah berjumlah 5% akan diberikan bagi setiap tajuk
forum berdasarkan kekerapan dan kupasan positif pelajar terhadap perbincangan
yang diberikan. Kriteria penilaian markah untuk perbincangan forum adalah
seperti berikut:
SKALA MARKAH
|
KRITERIA KEKERAPAN
PENGLIBATAN DALAM FORUM
|
4 - 5%
|
Penglibatan
forum baik. Idea dan kupasan yang diberikan adalah bernas dan kritis
|
3%
|
Penglibatan
forum kurang dari tiga kali. Kupasan yang diberikan adalah ringkas dan tiada
sebarang idea/cadangan baru dibincangkan.
|
1-2 %
|
Penglibatan
forum tidak memberangsangkan. Kupasan yang diberikan terlalu ringkas.
|
0 %
|
Tiada
bukti penglibatan dalam forum langsung.
|
Tugasan 2: Pembudayaan ICT Dalam Profesionalisme Guru (20%)
Tarikh akhir penghantaran
Tugasan 2 : 16 November 2012
Secara individu, pelajar
dikehendaki membina satu persembahan multimedia berkaitan dengan bidang tugas
anda.
Tajuk persembahan: PEMBUDAYAAN ICT DI (Nama sekolah atau
Pejabat anda bertugas sekarang).
Persermbahan
multimedia yang dibina adalah mengenai aktiviti yang dilaksanakan dalam
persekitaran kerja anda. Persembahan tersebut perlu mematuhi peraturan berikut:
1. Persembahan multimedia ini boleh dihasilkan menggunakan sebarang
perisian yang bersesuaian (contohnya Microsoft PowerPoint, OpenOffice Impress,
dan sebagainya).
2. Bilangan slaid adalah di antara 10 – 15 slaid sahaja.
3. Kandungan persembahan adalah seperti berikut:
·
Teks
·
Grafik
·
Jadual
·
Graf
·
Animasi
·
Audio
·
Pautan antara slaid persembahan (pautan dalaman).
·
Pautan antara slaid persembahan dengan dokumen lain
(pautan luaran)
4. Penghantaran tugasan 2 ini perlu dibuat mealui Tapak Tugasan 2 dalam MyGuru3. Penghantaran melalui
pos tidak akan dilayan.
5. Penulisan persembahan ini perlulah mengikut gaya penulisan akademik dan
perlu disenaraikan sumber rujukan untuk setiap kandungan persembahan yang
dirujuk daripada sumber luar.
Kriteria
penilaian markah untuk tugasan 2
adalah seperti berikut:
Kriteria
|
Markah
|
Kandungan
persembahan
|
7%
|
Kreativiti
persembahan
|
10%
|
Rujukan
|
3%
|
JUMLAH
|
20%
|
Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)
Tarikh penilaian akhir pada
14 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan
MyGuru3 pada 15 November 2012
Secara individu, pelajar
dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik
pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian
Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.
Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.
Pilihan
matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran
utama yang ditugaskan di sekolah.
3.
Pastikan nama,
foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan
blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa
dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.
Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
· Bahan pembelajaran seperti
nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
· Gambar
· Audio
· Video
5.
Libatkan
pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan
yang dipaparkan.
6.
Sediakan pautan
kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd,
bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.
Tugasan blog hendaklah
dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini
diberikan berdasarkan kriteria berikut:
KRITERIA
|
MARKAH
|
Isi kandungan blog serta
kualiti penyampaian
|
15%
|
Senireka blog dan
kerativiti
|
10%
|
Pandangan dan omen
daripada pelawat blog
|
5%
|
JUMLAH
|
30
|
PERINGATAN
Plagiat bagi
mana-mana tugasan adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pelajar didapati
meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta
hukuman setimpal dengan kesalahan.